Tentang Kita- couple

April 12th, 2008 by comeonbaby

dimana kaca yang bersepihan?
biar aku pijakkan
dimana taufan yang bertiupan?
biar aku tadahkan

kerna semua sudah tiada ertinya
tentang cinta sudah tiada maknanya
tentang kita elok dilupakan semua

dimana laut yang bergelora?
kan kuredah semua
dimana letaknya cinta kita?
kan kupijak semua

kerna semua sudah tiada ertinya
tentang cinta sudah tiada maknanya
tentang kita elok dlupakan semua

Bookmark and Share

duhai anakku…(read during AGD08 by prof Tariq n dr.Haniki)…written by Zuhri…acoustic by Monde

April 9th, 2008 by comeonbaby

Prof Tariq


            Sajak ini bukan karya gurauan

Sajak ini bukan karya agung

Bukan untuk kita hilai bersama

Bukan untuk kita sanjung-sanjung

Bukan juga kau lupakan sahaja

Tetapi,

Bicara ini terus untukmu

Lahir dari lubuk jiwaku

Yang kian membuak rasa yang mendalam

Ingin semuanya tertumpah dan
tertuang

Pada fikiran dan lubuk hatimu

 

Prof Noriah

Malam ini sungguh indah

Malam ini sungguh merah

Malam ini sungguh sedih

Pilu anakku akan pergi

Pergi jauh menabur bakti

Namun

Malam ini penuh kasih

Malam ini penuh cinta

Malam ini ku gembira

Suka melihat anakku gembira

Terlupa kita akan berpisah

 

Prof Tariq

Empat tahun, mungkin lama bagimu

Empat tahun, mungkin sekejap buatku

Kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti

Pergimu disambut anak ketujuh nanti

Bukan niat ku untuk menghalau

Bukan kata ku ini tanda benci

Tapi kumahu kau pergi senang hati

Sedih hatiku sebentar sahaja

Gembira melihat kau berjaya, terasa selamanya

 

Prof Noriah

Duhai puteriku

Kata-kata belum membayangkan maksud

Senyum pun bukan penghantar rasa

Kerana cinta itu berbicara

Tanpa ruang dan suara

Cinta kalau bahasanya hati

Itulah cinta hakiki

Kasih jika dasarnya Rabbi

Itulah kasih sejati

Cinta ini pasti diuji

Kerana itu sudah tradisi janji

Di depan menanti sudah

Seribu pahit jutaan payah

Namun cinta itu akan terus bahagia

Kerana bajanya derita

 

Prof Tariq

Duhai puteraku

Sekeping hati kau bawa berlari

Jauh menyusuri jalan sepi ini

Jalan kebenaran yang indah
terbentang

Tapi,

Jalan itu tidak selamanya sunyi

            Pasti ada ujian datang tiba-tiba

            Ada perangkap menunggu mangsa

Kuatkan kakimu melangkah

Walau kabur mata menatap

Pada debu yang menghinggap.

 

Prof Noriah

            Wahai anakku

            Ilmu adalah pelita hati

Ke dalam dada menambah iman

Ke luar anggota membuah amal

Orang berilmu bila bermadah

Bahasanya indah, penuh hikmah

Diamnya fikir, cakapnya zikir

Pencari ilmu bagai mujahid

Bejuang dengan tintanya

Pedang mujahid memancung kemungkaran

Pena ulama membanteras kejahilan

 

Prof Tariq

            Wahai anakku

Mengharap senang dalam berjuang

Bagai merindu rembulan di tengah siang

Inilah hakikat hidup ini

Tidak seindah sentuhan mata

Pangkalnya telah jauh

Hujungnya belum tiba

Prof Noriah

Wahai anakku

Harapku hanya satu

Semoga kau terus cemerlang

Harimau mati tinggal belang

Insan mati tinggal nama

Matimu di sini sebagai siswa

Nama mu dan aku kau bawa bersama

Ke satu tempat yang baru

Harapanku kau harumkan nama ibu

Walau tidak semerbak kasturi

Jangan kecewakan kami di sini

 

Prof Tariq

Wahai anakku

Jangan kau silap hitungmu

Jangan kau silap ramuannya

Merancang kerja menyusun cara

Bergerak tepat capai matlamatmu

Berjuang biar terancang

Pantas mencari ruang

Tangkas merebut peluang

Biar kita membuka jalan

Bukan jalan memintas kita

Biar kita mencorak suasana

Kita cipta corak dan warna

 

Prof Noriah

Wahai anakku

Kita berpisah sementara

Kerana pertemuan bukan milik kita

Jasad dan suara jauh

Namun qasad dan cita-cita abadi

Bertemu tidak jemu

Berpisah tidak gelisah

 

Prof Tariq

Wahai anakku

Jauh dan dekat bukan soal

Bukan itu perkiraan pejuang

Hidup baginya menunggu rindu

Mati buatnya syarat bertemu

Nah, kalau begitu

Apalah yang dirisau

Dengan satu perpisahan

Bookmark and Share

KAWAN

March 2nd, 2008 by comeonbaby

Pohweb_1



Aku memang tak reti
tunjuk engkau semua menari
Tapi engkau tak usah henti
pandai takkan datang berlari
mimpi aku tak semua indah
semangat rakan janganlah pudar
Hidup memang banyak kerenah
cerewet hidupmu akan susah

Janganlah berundur
ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku
menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
tak mampu bediri tinggi
Tanpa mu disisi
wahai kawan….

Satu lagi aku nak pesan
busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
simpan semua jadi panduan
Sudah 22 tahun
ilmu didada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
sampah sarap datang berduyun

Janganlah berundur
ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku
menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
tak mampu bediri tinggi
Tanpa mu disisi
wahai kawan…..

plague of happiness

Bookmark and Share

v(^_^)/ wilayah strawberi–@

December 1st, 2007 by comeonbaby

owh mungkin bila,

kita bertemu,

berdebar2 perasaanku,

separuh gila,

memikirkanmu,

saat pertama,

terpisah jauh,

duduk termenung…

mengenangkanmu…

owh bagaimana,

untuk hatimu,

masih kekalkah,

senyum tangisku,

khuatir roboh,

teguh imanmu,

terbuka ia,

tanpa hadirku,

duduk termenung….

mengenangkan….

oh pulanglah sayang,

hatiku bimbang,

gelisah x menentu…..

cepatlah datang,

terbang melayang,

dan singgah di mimpiku…..

bidadari syurgaku,

bidadari nyawaku….

Bookmark and Share

this will be a hellish semester…i guess

November 30th, 2007 by comeonbaby

a couple more days b4 the 2nd sem 3rd yer starts…eventhough total credit hour sem ni lesser than b4, i predict this coming sem will be very hard and tedious bcos…..of the clinicals..not 1 but 2 clinicals…(clincal I and clincal II lor..)..each per half sem….in addition to that…we’ll be facing the most-talked about lecturer(by seniors) as a very very serious+fierce lec,prof H…(no need 2say la…esk2 aku kne bantai dek die)…haha..apela aku merepek ni…tp seriously la, last sem die mmg killer gpa aku la….i just check my results(aku tau lmbt)…a few A’s…some B’s….WHAT!!  a C!!??….(haha not relly tekejut)…jus as i expected…i blame it on d subject(xkn nk blame lec kot)…

recalling to d night b4 dat particular fnal paper…aku discuss2 pass papers on soaln2 regarding to d subjec yg lec tu ajar…ngan pidod,adli n duwe…n we make a pretty gud team answering those Qs(adli ckp bole wat grp PBL sem dpn)…adli rupenye power+cepat recal2 yg die dh bce(not dat i pandang rendah kt ko)…pidod n duwe plk..needless to say la..among scorers(among brothers,haha)..aku jus add some here n there…..n aku pon kinda confident nk jwb paper the following morning…..tp malangnye…Q study case yg kuar..sgt2 la xdpt jwb…(man…who could hav known d drugs dat elevate those.."aku lupe"…tp mmg its almost impossible la studen cam aku ni nk jwb)….n ade stu Q tu aku xdpt sbb xdtg class(serve me right)…

after all that we’ve been tru last final..struggling evry night..countless coffees n smokes….wats d moral we learned kids?…..

  1. never miss class
  2. Q midsem pon bole akan kuar final…with exact Q!!
  3. start study+memorize awal2!(hmm..sgt ssh kan?)

hmmmm…dr.razak ckp, "studen phmcy ni bkn ssh sgt"…"sng jee".."nak risau ape?"…"kuar2 nnt dpt keje dah"…"bkn ssh sgt nk lulus"…"so enjoy!!"…haha..i’m sure he meant,"dtg class!".."jage akhlak kamu!"…but  somes take it directly…seriously aku pon cam dh mls nk strive n struggle for colorful excelent achivement n success…lulus cukup makan dahla….(huh wat a negative thinking)….xnk jd cam mamat poyo negative tu(haha)….aku laen kot..aku ade this phobia fail u kno…i don remember las time i sleep d night b4 any exam paper…(not dat i study las minute or not prepared)….

anyway…hope i get tru this nex sem with less problems n hopefully successfull…prof wateve it will be,i’m up 4 d chalenge(cewah)…harap niki xhidu "perfum" aku nnt..(i’m in d proses ‘tak nak!’ u kno..its not as easy as i thougt b4,b4 start..haha)

okehla folks..3 more sem b4 i end this fully regreted life kat iiu nih….for watever reason u think i post this, actually it doesnt mean anything…just craps……if u read it, u just wasted ur time…either u’ve been fooled or u really2 want to read(bcos of me?..=P)

till then,i write again nex sem holiday k…only wen i’ve nothing else 2 do….

Bookmark and Share

baby, come on

November 24th, 2007 by comeonbaby
She’s such a pretty girl
She’s always falling down
I think I just fell in love with her
But she will never remember, member

And I can always find her
At the bottom of a plastic cup
Drowning in drunk’s insanity
That’s all she’ll really be good for

Quit crying your eyes out
Quit crying your eyes out
Baby, come on
Is there something familiar about me
The past is only the future with the lights on
Quit crying your eyes out, baby

She said:
I think we’re running out of alcohol
Tonight, I hate this fucking town
And all my best friends will be the death for me
‘Cause they will never remember, ‘member

So please take me far away
Before I’m melted to the ground
And all my words get used against me

Quit crying your eyes out
Quit crying your eyes out
Baby, come on
Is there something familiar about me?
The past is only the future with the lights on
Quit crying your eyes out, baby

Quit crying your eyes out
Quit crying your eyes out
Baby, come on
Is there something familiar about me?
The past is only the future with the lights on
Quit crying your eyes out
Is there something familiar about me?
Quit crying your eyes out
The past is only the future with the lights on
Quit crying your eyes out, baby

Bookmark and Share